Wednesday, July 30, 2008

Pengalaman Ibu meyakinkan kami sekeluarga

Hai...Assalumualaikum..salam pengenalan kepada semua..

Disini saya ingin berkongsi maklumat dan pengalaman saya & keluarga saya tentang susu kolustrum Alpha Lipid Lifeline. Mungkin anda di luar sana pernah atau selalu mendengar tentang produk Susu Alpha Lipid ini. Ok lah, saya terangkan serba sedikit bagaimana saya dan keluarga mengenali produk ni ye. Mulanya produk ni diperkenalkan oleh kakak saya kepada emak yang sering mengadu sakit-sakit lutut dan tulang semenjak tahun 2006 lagi..seingat saya masa tu emak tengah sibuk menghadiri kursus haji dan membuat segala persiapan ke tanah suci..Sebagai anak saya & adik beradik mahukan kesihatan emak dalam keadaan yang terbaik semasa mengerjakan ibadah haji. Baik sebelum, semasa mahupun selepas emak pulang dari Mekah. Kami bawa mak menjalani pemeriksaan kesihatan di salah sebuah hospital pakar di K.L dan mak disahkan mengidap penyakit Oesteoporosis oleh doktor yang membuat pemeriksaan melalui x-ray. Dari gambar x-ray yang doktor ambil, dapat saya lihat bagaimana penyakit yang dimaksudkan tu. Kalau ikut kata doktor, osteoporosis adalah sejenis penyakit tulang berperingkat yang bercirikan jisim tulang yang rendah dan kemerosotan bentuk mikro tisu-tisu tulang, boleh meningkatkan kerapuhan tulang dan menyebabkan ia terdedah kepada keretakan dan kebiasaan melanda kaum hawa (wanita) bila mencecah umur 40-an ke atas. Emak digalakkan doktor supaya berehat sementara waktu terdekat sebelum pergi ke tanah suci. Doktor nasihatkan emak untuk mengambil sejenis kapsul yang seingat saya masa tu harganya lebih kurang RM150 untuk 4 biji. Cara makan pula seminggu boleh ambil sekali sahaja. Kami adik-beradik buat apa yang terbaik untuk emak kerana apa yang penting ialah kesihatan beliau. Di samping itu, emak juga ada menjalankan kaedah rawatan 'sonotron' iaitu cara rawatannya dengan memancarkan gelombang dengan menggunakan alat seperti 'pistol' ke tempat yang sakit. Lama juga lah emak tanggung sakit akibat osteoporosis ni. Sakitnya paling ketara masa bangun pagi terutamanyaa semasa cuaca sejuk.
Satu hari Kakak yang no-5 (Kakcha) datang rumah bawa 2 tin susu yang tertera depan tin tu 'Alpha-Lipid Lifeline' . Kakcha aku ni dulunya seorang ahli farmasi dan kini menjadi pensyarah perubatan. Kakcha suruh emak cuba susu tu. Caranya, setiap pagi sebelum sarapan emak kena minum susu tu 2 skop dicampur dengan air sejuk dan di goncang dalam bekas khas berbentuk tupperware/shaker. Kakcha kata susu tu tak boleh dicampur dengan air panas, sebabnya nanti zat dan protein susu tu akan hilang kerana suhu yang panas. Selama sebulan setengah emak amalkan susu tu. Alhamdullilah, sakit-sakit tulang dan lenguh sendi emak makin beransur pulih dalam masa sebulan setengah. Emak dah tak mengadu sakit-sakit belakang waktu bangun tidur. Kiranya dalam tempoh tu, emak dah minum hampir 2 tin susu. Terbukti susu kolustrom amat berkesan dan sesuai untuk sakit-sakit tulang dan osteoporosis. Sejak itu, kami sekeluarga menjadikan rutin harian dengan minum susu ni. Banyak lagi pengalaman kami sekeluarga dengan susu ni. Nanti Insyallah saya sambung lagi ye...wassalam.. oh ye..untuk yang berminat nak tanya tentang lanjut pasal susu ni boleh contact saya di nombor 012-9784140 ye..jumpa lagi

What is Colustrum?

Colostrum is Mother Nature's first food-likely the very first nourishment you ever received as an infant. It is the nutrient-rich fluid that a mammal mother's body produces right after giving birth, and just before her milk "comes in." Colostrum contains the promise of life: immunoglobulins, growth factors, antibodies, vitamins, minerals, enzymes, amino acids, and other special substances designed to "prime" the body to face a lifetime of invasion by various micro-organisms and environmental toxins bent on destruction.